Dec 23, 2009

iqra'

anas baru je start kelas iqra' isnin ni tadi. alhamdulillah dia nak belajar. actually kat rumah pun papa dia dah ajar sket sket after solat maghrib. tapi tak le serius mana dia nak belajar. banyak sangat distractionnya! since orang yang mengajar tu kat belakang rumah mak saya je, dan mak saya juga willing untuk menghantar dan mengambil anas, so why not kan?

tapi paling terasa, ada jugak yang mengatakan umur 5 tahun tu actually dah terlambat dah nak belajar iqra'. saya rasa dia bermaksudkan, kenapa la tak hantar masa umur 3-4 tahun gituh?! alaaaa... relax la. tak kemana pun pelajaran tu. bebudak baya ni dia cepat absorb. so, apa kesahh???

lagi satu saya rasa, orang tu terasa sebab selama ni saya hanya fokus duniawi je. padahal kat rumah, saya ajar jugak anak saya solat, muqaddam, iqra' tu semua. tapi tak ler saya terang terangan cakap. ni anas dah start pegi mengaji ni, lepas ni boleh la saya heboh heboh kan! =P

Dec 22, 2009

persekitaran baru

saya pindah ke office baru semalam. sungguh tak seronok rasanya walaupun on.e ut.ama tu 2 minit je dari office! jauhnya dari office lama ke office baru ni ada la dalam 2.5km kot! tak ler jauh mana! tapi dulu kuala lumpur, sekarang dah jadi pekerja selangor =D saya tak pindah new company. citer nya begini. company baru (SSS) saya ni dengan yang lama (SIP) adalah dibawah satu group. SSS baru ditubuhkan untuk buat satu IT bisnes yang dulu SIP yang handle. so, kira saya ditransfer dari SIP to SSS dengan workscope yang sama, cuma SSS punya client akan diperkembangkan lagi. benefit wise, all the same. cuma satu je, annual leave dikurangkan satu hari. 15 hari je satu tahun korang! sadis betol! then parking boleh claim up to rm150 a month, tapi handphone bill saya telah dimansuhkan! takpe, parking better than handphone. so, kita guna je la office phone. after office hour, sorry no cure saya nak layan k!

lagi satu, dorang bagi desktop. bagus gak. kalau bagi laptop, confirm kat rumah memalam buta pun boleh call suruh check bende! bahagianya saya... citer pasal desktop ni pulak, IT dorang kemain control internet access. siap bagi windows id, ada audit track mende tu semua. apatah yang dorang nak track since apa je yang dorang bagi access: yah.oo mail, gm.ail, goo.gle talk, ym, ms.n messenger je selain dari work website! hari pertama dah mati kutu. kalau kat SIP, masuk la apa site pun! sappaaa pun tak kesah! so, hari ni saya bawak lappy & bro.adb.and saya sendiri. settled!

apa yang membuatkan saya tak happy? sebabbbb saya mengada! he he he saya dah terbiasa dengan office lama yang sangat best! kat office baru ni rasa cam keje kat negara chi.na. orang 'itu' mendominasi persekitaran. pempaham la sendiri k!

then boss baru. saya dah penah keje dengan dia masa projek beberapa tahun lepas. but indirectly lah! now, directly report kat dia. tengok lah camner nanti. hmmmhh!

so, thats the story mory morning glory.

friday lunch kat o.u, roger roger saya k!

Dec 19, 2009

1.3

budak kenit ni makin ligat! especially tang bersepah tu, memang tak tahan. rasa nak kosongkan je rumah ni. tinggal perabot je semata!

mak saya advise saya untuk bawak budak kecik ni pegi xray kepala. mana taknya! jatuh sana sini, langgar dinding (kes dalam malam gelap gelita pun boleh nak merayap lagi!), hantuk kepala kat katil! adus! merisaukan!!!

Dec 17, 2009

mengira waktu

jam kat ofis sekarang 3 petang. lagi 2 jam setengah lagi saya nak mengucapkan selamat tinggal kepada :

1) ofis kesayangan saya yang tak serupa ofis ini
2) parking space saya kat bawah tu
3) may.bank kat bawah ofis saya ni
4) kedai kedai makan di keliling ofis saya, iaitu : san.tai, baitis, pope.yes, la.manila, ju.nethai, restoran is.mail, dll...
5) kedai tudung kesukaan ramai : mu.nawwarah
6) pasar besar tt.di

next monday, i will surrender lappy yang sedang saya gunakan sekarang ini. walaupun sometimes dia sengal, tapi saya suka sangat kerana dia kecik dan slim dan ringan. bye bye x40 =(

uhuk uhuk uhuk

isnin depan saya akan bersiaran di ofis baru. persekitaran yang baru. boss baru. gaji baru??? hrmmm???

Dec 16, 2009

baru balik berholiday


plan dari awal tahun nak ke lumut telah dialihkan arah ke penang. tinggal sebulan nak sampai ke tarikh cuti-cuti, mana senang nak carik bilik kan? lagi lagi kalau nak ke hard rock. usah mimpi lerr...

nasib baik la saya ada seorang kawan yang join hotel privilege tu. dapat la bilik yang murahs. i loikee he he he thanks dena!

so, as usual malas nak citer panjang. korang enjoy la photos kat sini yerr...

Dec 11, 2009

the boy is FIVE

yesterday party @ skool

anak bujang saya dah masuk 5 tahun hari ni. alhamdulillah dan bersyukur kerana dia seorang budak yang sihat lagi kuat (tubuh badannya he he he). tak berapa nakal, mendengar kata (kengkadang time datang angin pus pus dia tu, tak dengar jugak =P), rajin tolong mama, rajin jaga adik (tapi kengkadang buli adik jugak!), rajin belajar, rajin main games!...
cuma tak berapa nak berdikari je lagi. nak pakai seluar pun kengkadang suruh mama pakaikan. manja terlebih! tapi saya mengaku, memang saya manjakan dia he he he. almost everything yang dia mintak (but within kemampuan lah), saya tunaikan. sampaikan hubby saya pun jeles he he he dah anak bujang ada sorang je kan, i'll do the best! anak dara's turn will come, don't worry amani. mama tak pilih kasih. mama ada korang dua orang je yang nak dimanjakan!
this year, mama plan party kat skool je. buat semalam. dah alang alang skool pun buat year end party, so, kitorang tumpang sekaki. saya just tempah cuppies from here and bagi goodies for every kids. he was so so so happy. mana taknya, skool siap panggil clown & magician for the party... what a perfect timing for us to tumpang sekaki =D


the cuppies

the goodies


anas, mama & papa doakan anas berjaya di dunia & di akhirat. we love you unconditionally! muah!

HAPPY 5TH BIRTHDAY DARLING BOY!

Dec 9, 2009

sangat bersyukur

semalam anas punya parents-teachers meeting. saya rasa sangat bahagia mendengar kata kata ticer ticer dia semalam. banyak sangat perningkatan dari segi pembelajaran dan social activities. alhamdulillah after almost one year at skool, anas dah boleh membaca bahasa melayu dan english dengan jaya sekali. anas juga boleh buat simple campur dan tolak. nasib baik darab bahagi belum pandai, kalau takkkkk, saya akan berasa lagi kagomm. tapi akan merasa agak tension jua kerana "what? pre school dah buat ni semua? aku dulu darjah 3 terkial kial lagi!". what do you expect? pre school weiii...! unless korang KIASU he he he

satu je lagi nak kena improve - handwriting! masya Allah... gedabak besarnya. ticer ajar tulis la nicely, on the line, jaga spacing semua tu. tapi dia hantammm saje! cuti 2 minggu ni nak kena prektis writing. sebab tahun depan dah kena buat banyak writing, copy from white board kind of thing.

saya bersyukur sangat... rasa nak menitik air mata semalam, emo emo sket! =P

note : oh! he doesn't like arts, dance, singing tu semua... kalau suruh buat maths, dia sangat pantas!

6 ketul gigi

je baru... he he he
saya dah boleh jangka akan kepayahan untuk menyental gigi budak ini kelak!

Dec 4, 2009

skool, homework & skool holidays

memula anas masuk skool, ada yang bertanya "itu perfect age untuk hantar gi skool ke?". oh! ianya subjektif pada saya. ikut suka pendapat & pemikiran memasing. pada saya, itu masa yang terbaik. memang la masa awal tahun ni tadi masuk skool anas baru je masuk 4 tahun (dia lahir tengah bulan 12), dah tu nak wat camner. skool dah kira 5 tahun kan? then ada lagi yang question "smar.t rea.der tak play play cam preschool yang lain kan? bebudak this age kan patut hantar socializing je...". pada saya, bersosial tu dah selalu, kat rumah pun dah main main. so, biar la dia belajar pulak. bukan belajar satu hari pun dan juga takde la belajar giler giler sampai dah expert darab bahagi, english literature ke hapa ke. dan bukan juga membolehkan dorang dapat phd at age of 20. just basic je lah. preparation for darjah 1 nanti. at least, dia tau membaca & mengira. itu paling penting pada saya selain daripada mendisiplinkan anak saya.

sometimes ticer bagi homework. kengkadang takde. then adaaaaaa jugak yang question "bebudak sekarang so stressful. kat sekolah dah belajar, balik buat lagi homework. tu baru preschool tuh". apa yang saya tengok pada anas, alaaa... bukan susah sangat pun homework dia tuh. kengkadang coloring je. kengkadang tracing la, simple reading. masa parents teacher meeting yang lepas, ticer dia pun ada cakap kenapa bagi homework kat bebudak ni. reason dia saya sangat setuju : nak bagi bebudak ni kenal akan maksud responsibility. apa yang saya tengok pada anas, bila dia ada homework, malam je lepas solat maghrib, dia tau tanggungjawab dia nak buat homework tu. dia tau dia kena buat! jangan ingat nak lepas tangan je biarkan homework tu terbengkalai dalam bag!

then, ramai la pulak yang bertanya kenapa skool anas tak cuti lagi? saya rasa standard smar.t rea.der la kan. dorang memang lambat cuti. tak macam skool yang lain tu kan? ramai la pulak kata "laaa... kesiannya...". kesian memang la kesian. tapi saya lagi prefer dia pegi skool dari duduk rumah satu hari dipenuhkan dengan aktiviti : bermain, bergomol dengan cousins, tengok tv, especially kacau maktok & atok. takde rehat nanti orang tua tu. dah ler tua kan? tapi nanti mesti yang kata "dah tau tua, kenapa hantar kat sana?". untuk pengetahuan, mak ngan abah saya tak bagi hantar kemana mana nurseri atau babysitter. dia takut cucu cucu dia tak mendapat layanan yang baik. saya sangat bersyukur okeeehh!

biar la setengah hari dia pegi skool, setengah hari lagi main.

so, apa pendapat korang?

Dec 2, 2009

selain dari camping & cycling, apa lagi ek?

lama giler okeh kitorang tak pegi luar dari gate rumah. dah lama tak pegi playground.
kesian bebudak ni =( naik boring dorang.
petang je hujan. so, aktiviti dalam rumah je yang mampu.